Home » Uncategorized » PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) TAMAN NEGERI ROYAL BELUM, PERAK

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) TAMAN NEGERI ROYAL BELUM, PERAK

Pejabat Projek Zon Tengah di bawah Unit Rancangan Pembangunan 5 sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Taman Negeri Royal Belum, Perak. Sehubungan itu, Program Publisiti Awal akan diadakan bagi kajian ini selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal pihak yang berkepentingan.

Terdapat dua (2) kaedah yang telah diputuskan bagi menjalankan Program Publisiti Awal bagi Kajian RKK ini iaitu perbincangan kumpulan sasar (FGD) dan hebahan melalui portal rasmi dan media sosial Jabatan/Agensi terlibat. Kaedah publisiti melalui FGD akan dijalankan secara atas talian pada 12 hingga 14 Julai 2021, yang akan dianjurkan oleh Jabatan ini. Manakala, hebahan melalui portal rasmi dan media sosial akan bermula pada 12 hingga 23 Julai 2021.

Sehubungan itu, pihak yang berkepentingan dan orang awam dijemput untuk memberikan maklum balas dan cadangan awal melalui soal selidik (google form) yang boleh diakses melalui QR Code yang disertakan. Segala maklum balas akan diambil kira sebagai input dalam penyediaan Terma Rujukan bagi Kajian RKK ini.

BILPERKARADOKUMEN
1.Panel PameranMuat-Turun
2.BannerMuat-Turun
3.Borang Maklum Balas dan CadanganMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*