Home » Uncategorized » Kajian RTD Besut 2035 (Penggantian)

Kajian RTD Besut 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Besut 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Besut untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Besut 2020 yang diwartakan pada 31 Disember 2009 (No.warta: 1466, Jilid 62 No. 27) dan telah tamat tempoh perancangan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan selama 30 hari (1 – 30 September 2021) yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Besut yang terkandung di dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 30 September 2021.

Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Draf Laporan RTD Jilid 1Muat-Turun
2.Draf Laporan RTD Jilid 2Muat-Turun
3.Draf Laporan RTD Jilid 3Muat-Turun
4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
5.Panel PameranMuat-Turun
6.Feature ArticleMuat-Turun
7.Risalah ProgramMuat-Turun
8.Borang MaklumbalasMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*