Home » Pahang » Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Daerah Raub 2003-2015 (Rancangan Tempatan Daerah Raub 2015) yang telah diwartakan pada 6 Disember 2007 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 1321 dan telah tamat tempoh perancangannya.

Draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) ini merangkumi :

Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Strategi Pembangunan

Jilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan Pembangunan

Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Projek

Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang diadakan selama 30 hari bermula pada 22 September – 21 Oktober 2021 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Raub sepertimana yang terkandung di dalam dokumen Draf RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan dan mengemukakan maklumbalas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 21 Oktober 2021.

Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen yang dilampirkan di bawah untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Jilid 1 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun
2.Jilid 2 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun
3.Jilid 3 Draf RT Daerah RaubMuat-Turun
4.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
5.BannerMuat-Turun
6.BuntingMuat-Turun
7.PosterMuat-Turun
8.Bahan PameranMuat-Turun
9.RisalahMuat-Turun
10.Feature ArticleMuat-Turun
11.Notis Akhbar (BM)Muat-Turun
12.Notis Akhbar (BI)Muat-Turun
13.Borang Bantahan AwamMuat-Turun
14.Borang Bantahan Awam (online)Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*