Home » Johor » Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (Pengubahan 1)

Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (Pengubahan 1)

Draf Rancangan Struktur Negeri Johor (RSNJ) 2030 (Pengubahan 1) ini disediakan sebagai laporan addendum yang perlu dibaca bersama dengan Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (No. Warta J.P.U 12 Jld. 64 No. 7 bertarikh 26 Mac 2020). Draf RSNJ 2030 (Pengubahan 1) ini disediakan berdasarkan keperluan untuk merancang semula di sebahagian daripada Negeri Johor khususnya di daerah Muar bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah tersebut.

Laporan Addendum Draf RSNJ 2030 (Pengubahan 1) ini mengandungi pengubahan kepada perkara-perkara berikut;

  1. Cadangan Pengubahsuaian Gambar Rajah Utama Negeri Johor 2030 yang melibatkan Daerah Muar;
  2. Cadangan Pengubahsuaian Halatuju Strategik (RSJ 3) : Ekonomi Johor Berdaya Saing dan Berdaya Tahan;
  3. Cadangan Pengubahsuaian Halatuju Strategik (RSJ 15) : Pemerkasaan Industri Pembuatan dan Penerokaan Industri Baharu;
  4. Cadangan Pengubahsuaian Halatuju Strategik (RSJ 24) : Pengukuhan Kemampuan Pelabuhan-pelabuhan dan Lapangan Terbang Johor untuk Terus Berdaya Tahan di dalam Arus Perdagangan dan Berdaya Saing untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi;
  5. Cadangan Tambahan Projek Berimpak Tinggi (HIP) Teras 1 : Pertumbuhan Dinamik dan Seimbang Konurbasi Selatan dan Luar Konurbasi Selatan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (Pengubahan 1) ini akan diadakan bermula pada 5 November 2021 sehingga 5 Disember 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan sebarang cadangan, pandangan, dan bantahan daripada orang awam.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan sebarang cadangan, pandangan, dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 5 Disember 2021.

Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Pengubahan RSN Johor 2030Muat-Turun
2.Folio RSNMuat-Turun
3.BannerMuat-Turun
4.BuntingMuat-Turun
5.Notis Akhbar (BM)Muat-Turun
6.Notis Akhbar (BI)Muat-Turun
7.Borang BantahanMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*