Home » Selangor » PROGRAM PUBLISTI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN KAWASAN KHAS GENTING HIGHLANDS, HULU SELANGOR.

PROGRAM PUBLISTI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN KAWASAN KHAS GENTING HIGHLANDS, HULU SELANGOR.

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highlands, Hulu Selangor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh pihak Pejabat Projek Zon Tengah dengan kerjasama PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui perunding yang dilantik iaitu SS Planning Consult. RKK ini disediakan bagi merancang dan mengawal pembangunan yang berharmoni dengan alam sekitar di Kawasan Pengurusan Khas Genting Highlands.

Publisiti dan Penyertaan Awam

Berdasarkan Seksyen 13(1), Akta 172, Laporan Draf RKK Genting Highlands, Hulu Selangor yang telah disediakan perlu dipamerkan untuk semakan awam. Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama satu bulan bermula pada 16 Ogos 2022 hingga 15 September 2022.

Keluarga Malaysia dijemput hadir ke lokasi pameran yang ditetapkan untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan sebelum atau pada 15 September 2022.

Berikut merupakan butiran dan lokasi pameran sepanjang tempoh program publisiti dan penyertaan awam ini diadakan :-

Butiran Publisiti :

  • Tarikh    : 16 Ogos 2022 – 15 September 2022
  • Hari        : Isnin – Jumaat (Hari Bekerja)
  • Masa     : 9.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi Pameran:

  • Lobi Kaunter Bersepadu, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu: dan
  • PLANMalaysia@Selangor, Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :

BILPERKARADOKUMEN
1.Draf RKK Genting Highlands Hulu SelangorMuat-Turun
2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
3.PhampletMuat-Turun
4.Panel PameranMuat-Turun
5.Notis Akhbar BMMuat-Turun
6.Notis Akhbar BIMuat-Turun
7.BannerMuat-Turun
8.Borang Bantahan AwamMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*