Home » Perak » PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PULAU PANGKOR

PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PULAU PANGKOR

Pejabat Projek Zon Tengah di bawah Unit Rancangan Pembangunan 1 sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor. Sehubungan itu, Program Publisiti Awal adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal pihak yang berkepentingan.

Program Publisiti Awal akan dijalankan pada 29 Ogos 2022. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklum balas/cadangan/pandangan melalui Borang Maklum Balas dan Cadangan dengan mengimbas kod QR bermula 29 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022.

Segala maklum balas akan diambil kira sebagai input dalam penyediaan Terma Rujukan bagi Kajian RKK ini.

Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya:

BILPERKARADOKUMEN
1.Banner Muat-Turun
2.Brosur Muat-Turun
3.Slaid Muat-Turun
4.Video Muat-Turun
5.Maklum Balas dan Cadangan Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*