Home » Melaka » Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian)

Bermula 1 Oktober 2022 sehingga 14 November 2022

Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan dibawah peruntukan subseksyen 12(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah 2020 yang telah tamat tempoh perancangan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 6 minggu bermula 1 Oktober 2022 sehingga 14 November 2022. Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah yang terkandung di dalam dokumen Rancangan Tempatan.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap kandungan dokumen di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen sebelum atau pada 14 November 2022.

Untuk sebarang pertanyaaan, sila hubungi Majlis Perbandaran Alor Gajah di talian 06-556 1600 atau PLANMalaysia@Melaka di talian 06-333 5135.

Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut :

BILPERKARADOKUMEN
1.Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah 2035 (Penggantian)
Jilid IMuat-Turun
Jilid IIMuat-Turun
Jilid IIIMuat-Turun
2.Ringkasan Eksekutif (RE)Muat-Turun
3.Pop UpMuat-Turun
4.PanelMuat-Turun
5.BrosurMuat-Turun
6.BannerMuat-Turun
7.BuntingMuat-Turun
8.Borang Maklum BalasMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*