Home » Kedah » PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAN: DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAN: DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RTD Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) telah bermula pada 26 Disember 2022 hingga 26 Januari 2023 adalah merupakan program yang akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Laporan Draf RTD ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) [RTD Pendang, Kedah 2035 (P)] disediakan mengikut Seksyen 16 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RTD Pendang, Kedah 2035 (P) ini akan menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2020 termasuk Pengubahan 1, 2 dan 3 yang telah diwartakan sebelum ini. Tempoh perancangan RTD Pendang, Kedah 2035 (P) ini adalah sehingga tahun 2035.

Laporan ini juga menterjemahkan secara terperinci dasar yang terdapat dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 (RSNK 2035). Selain itu, laporan ini menyediakan panduan perancangan dan pembangunan untuk membantu pihak Majlis Daerah Pendang (MDP) melaksanakan fungsinya sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dengan lebih efektif dan efisien.

Pemeriksaan laporan boleh dibuat secara dalam talian (online) di dalam laman web e-publisiti 2.0 PLANMalaysia di talian :

http://epublisiti.townplan.gov.my?p=1568

Anda juga boleh memberikan maklumbalas melalui website Majlis Daerah Pendang dan PLANMalaysia@Kedah. Ini akan membantu orang awam menyemak dan memberikan pandangan serta maklum balas pada bila-bila masa sahaja.

BILPERKARADOKUMEN
1.Draf Jilid 1 RTD Pendang, Kedah 2035 (P)Muat-Turun
2.Draf Jilid 2 RTD Pendang, Kedah 2035 (P)Muat-Turun
3.Draf Jilid 3 RTD Pendang, Kedah 2035 (P)Muat-Turun
4.RINGKASAN EKSEKUTIF RTD Pendang Kedah 2035Muat-Turun
5.Banner WEB Muat-Turun
6.Pamplet RTD Pendang2035Muat-Turun
7.BORANG BANTAHAN RT PENDANG (1)Muat-Turun
8.FlipFolio_RTD Pendang 2035_19122022Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*