Home » Negeri Sembilan » Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045

Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045

Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 (RSNS 2045) merupakan dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Sembilan sehingga tahun 2045. Rancangan Struktur (RS) ini menyediakan dasar dan cadangan-cadangan am Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkenaan beberapa perkara seperti berikut :-

  • Cadangan pemajuan dan penggunaan tanah.
  • Langkah-langkah untuk mempertingkatkan sistem perhubungan dan pengurusan lalu lintas.
  • Usaha untuk memperkukuhkan kesejahteraan dan meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk.
  • Cadangan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
  • Melaksanakan pemajuan secara mampan.

RS ini disediakan berdasarkan peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan melengkapkan sistem perancangan fizikal dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat Negeri Sembilan.

Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan seperti berikut :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Dokumen RSNS 2045 Muat-Turun
2. Folio Muat-Turun
3. Borang Bantahan Muat-Turun
4. Poster Muat-Turun
5. Flyers Muat-Turun
6. Bunting Muat-Turun
7. Banner Muat-Turun

Comments

  1. Nuradil says:

    Adakah RSN Negeri Sembilan telah dimuktamadkan?
    Di mana boleh saya dapatkan salinan RSN jika telah diwartakan?

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*