Home » Pahang » Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian)

Risalah ini ialah ringkasan Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030. Ia menerangkan cadangan-cadangan pembangunan di dalam daerah Cameron Highlands. Di samping itu, mekanisme kawalan pembangunan disediakan bagi membantu proses pembangunan di Cameron Highlands pada masa depan. Segala perincian mengenai rancangan ini hendaklah merujuk kepada laporan draf rancangan tersebut.

KEPERLUAN PENGGANTIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Terdapat beberapa isu pembukaan dan pembangunan tanah secara tidak sah dan di luar dari zon cadangan guna tanah yang dibenarkan. Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda seperti mana yang berlaku pada 21 November 2014. Isu-isu kesesakan lalulintas, aktiviti perniagaan tidak formal, kemerosotan kualiti visual, rekabentuk bandar dan sebagainya perlu diatasi. Pengesyoran oleh YAB. Tan Sri Pengerusi pada Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh pada 24 November 2014 untuk penyediaan RT bagi memulihkan semula Daerah Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi negara adalah bertepatan dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 9Akta 172).

Boleh muat-turun bahan berikut untuk penelitian dan tindakan lanjut :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Laporan Draf RT Daerah Cameron Highlands 2030 -Jilid 1 Muat-Turun
2. Laporan Draf RT Daerah Cameron Highlands 2030 -Jilid 2 Muat-Turun
3. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
4. Banner Muat-Turun
5. Poster Muat-Turun
6. Streamer Muat-Turun
7. Pamplet Muat-Turun
8. Borang Bantahan Muat-Turun
9. Notis Akhbar Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*