Home » Kedah » Draf Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu 2010-2020

Draf Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu 2010-2020

Sebarang pendapat & bantahan mengenai rancangan pemajuan ini, hendaklah melalui BORANG BANTAHAN AWAM di atas talian.

Laporan Draf RT Bandar Baharu merupakan satu dokumen perancangan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot bagi seluruh Daerah Bandar Baharu bagi jangkamasa 2010-2020. Draf RT daerah Bandar Baharu disediakan mengikut Seksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Penyediaan Draf RT Daerah Bandar Baharu telah melalui beberapa peringkat kajian dan telah dibentangkan pada beberapa mesyuarat penyelaras Pasukan Kajian dan Teknikal serta melalui rundingan dan kolaborasi antara agensi pelaksana peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.

Draf RT Daerah Bandar Baharu akan dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isikandungannya (Seksyen 13(1)). Draf RT Daerah Bandar Baharu ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Kedah (Seksyen 15) dan akan menggantikan semula Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu di bawah peruntukan Akta 172.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Laporan Draf RT Bandar Baharu Jilid 1 dan Jilid 2 Muat-Turun
2. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
3. Poster Muat-Turun
4. Pamplet Muat-Turun
5. Streamer Muat-Turun
6. Notis Akhbar Muat-Turun
7. Borang Bantahan Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*