Home » Kelantan » Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kerian 2020

Laporan Draf RT Daerah Kerian merupakan satu dokumen perancangan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot bagi seluruh Daerah Kerian memandangkan ketiadaan satu dokumen perancangan yang menyeluruh bagi menjadi rujukan perancangan gunatanah dan fizikal bagi seluruh Daerah Kerian bagi jangkamasa 2010-2020. RT Daerah Kerian disediakan mengikut Seksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Penyediaan Draf RT Kerian telah melalui beberapa peringkat kajian dan telah dibentangkan kepada beberapa mesyuarat penyelaras Pasukan Kajian dan Teknikal serta melalui rundingan dan kolabrasi antara agensi pelaksana peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. DRT Daerah Kerian akan dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isi kandungannya (Seksyen 13(1)). RT Daerah Kerian ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatakuasa Perancangan Negeri Perak (Seksyen 15 (1)) dan akan menggantikan semula Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan oleh Majis Daerah Kerian di bawah peruntukkan Akta 172.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
2. Bahan Pameran Permohonan Melalui Emel
3. Notis Akhbar BM | Notis Akhbar BI Muat-Turun BM | Muat-Turun BI
4. Poster Muat-Turun
5. Banner Muat-Turun
6. Bunting Muat-Turun
7. Pamplet Muat-Turun
8. Borang Bantahan Awam Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*