Home » Kelantan » Draf Rancangan Tempatan Machang 2020

Draf Rancangan Tempatan Machang 2020

Jajahan Machang mempunyai keluasan sebanyak 52,791.17 hektar dengan bilangan penduduk pada tahun 2010 dianggarkan seramai 93,807 orang. Jajahan Machang ini terdiri daripada 6 daerah iaitu Pulai Chondong, Labok, Ulu Sat, Pangkal Meleret, Panyit dan Temangan. Tumpuan petempatan penduduk adalah di Daerah Ulu Sat, Pulai Chondong dan Labok. Lokasi kedudukan Jajahan Machang adalah strategik kerana terletak di tengah-tengah negeri Kelantan dan turut berada di dalam dua koridor utama iaitu koridor Timur-Barat (Grik-Kota Bharu) dan koridor Kota Bharu-Gua Musang yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi dan perbandarannya. Asas ekonomi Jajahan Machang adalah sektor pertanian dengan guna tanah pertanian seluas 26,313.17 hektar yang mana tanaman utamanya adalah getah dan padi.

Potensi tanah pertanian yang luas ini boleh dimanfaatkan sebagai penjana sumber aktiviti pembuatan dan pemprosesan makanan. Untuk menjadikan Machang sebagai wilayah ekonomi pertanian dan perindustrian asas tani, satu pusat pembangunan Industri Asas Tani telah dicadangkan di Labok dengan menerapkan konsep ’Halal Park’. Industri Asas Tani ini dijangka dapat meningkatkan food security negara melalui transformasi cara pengurusan yang berorientasikan komersial dengan meningkatkan produktiviti dan dayasaing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi. Bandar Machang yang merupakan Pusat Pentadbiran Utama bagi Jajahan Machang akan diberikan imej yang lebih menarik di mana bangunan-bangunan pentadbiran dan kuarters kerajaan akan dibangunkan semula dengan pembangunan yang lebih ekonomik.

Cadangan pengukuhan imej dan reka bentuk pusat bandar akan menerapkan tema ‘islamic city’ dengan cadangan seperti Kota Tadbir, boulevard, menara tinjau, pintu gerbang, street mall dan bangunan-bangunan baru yang mengambilkira aspek rekaan bercirikan islamik geometri. Banggol Judah pula akan dibangunkan sebagai bandar ilmu dengan menyediakan lebih banyak kemudahan dan prasarana pendidikan. Penyediaan kemudahan institusi dan masyarakat yang mencukupi, berkualiti dan diintegrasikan dengan pembangunan perumahan dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup penduduk di Jajahan Machang. Orang awam adalah dialu-alukan untuk membuat semakan kepada laporan dan pelan-pelan perancangan tersebut di Pejabat Majlis Daerah Machang, Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan dan Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu. Tempoh publisiti bermula dari 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.

Masa semakan bermula pada jam 9.00 pagi – 5.00 petang (Ahad-Rabu) dan jam 9.00 pagi – 3.30 petang (Khamis). Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
2. Bahan Pameran Muat-Turun
3. Artikel Muat-Turun
4. Poster Muat-Turun
5. Risalah Muat-Turun
6. Banner Muat-Turun
7. Bunting Muat-Turun
8. Borang Bantahan Muat-Turun

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*