Home » Kelantan » Draf Rancangan Tempatan Kuala Krai 2020

Draf Rancangan Tempatan Kuala Krai 2020

Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 227, 670 hektar meliputi tiga buah daerah yang ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu majlis Daerah Kuala Krai bagi Daerah Batu Mengkebang dan Majlis Daerah Dabong bagi Daerah Olak Jeram dan Daerah Dabong. Jumlah penduduk seramai 101,370 orang pada tahun 2010 yang majoritinya adalah orang Melayu dan kadar pertumbuhannya kurang daripada satu peratus. Guna tanah semasa yang terbesar di jajahan ini didominasi oleh perhutanan dengan 129,000 hektar (57%) diikuti pertanian seluas 89,180.67 hektar (39%). Kawasan tepu bina hanyalah seluas 4,920.10 hektar (2%) sahaja. Kehijauan alam semula jadinya serta rupa bentuk yang unik menjadikan jajahan ini kaya dengan sumber alam semula jadi seperti hutan, gunung, bukit, air terjun, gua dan sumber tempatan yang wajar dipelihara untuk kelestraian pada masa hadapan.

Di sinilah terdapatnya Taman Negeri Gunung Stong telah disenaraikan dikedudukan ke lima destinasi unik eko lancong di Malaysia. Taman ini mempunyai keluasan 21,950 hektar yang diperkayakan dengan sejumlah puncak gunung, gua batu kapur, litupan hutan simpan dan jaringan sungai yang di sulami jeram dan air terjun. Memperkasakan produk pelancongan dengan kemudahan asas dan kemudahsampaian merupakan salah satu rancangan pembangunan untuk jajahan ini. Kedapatan dua bandar utama iaitu Bandar Kuala Krai yang akan dimajukan sesuai dengan peranannya sebagai pusat ekonomi, pusat warisan dan budaya serta pusat pengangkutan bagi jajahan dan wilayah ini. Sementara Pekan Dabong pula merupakan gerbang dan transit alam semula jadi denganpotensi Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang sebagai tarikan pelancongan semula jadi.

Bandar Kuala Krai dan di bahagian utaranya berpotensi untuk dijadikan kawasan penternakan burung walit serta menghasilkan kualiti sarang burung antara yang terbaik di dunia. Pembukaan kawasan industri bersepadu bagi penternakan burung walit (Krai Eco Park) mampu menjadi ikon baru untuk menarik pengusaha dari luar. Pembinaan Empangan Lebir (270MW) dan Nenggiri (416MW) dijangka dapat menampung keperluan bekalan elektrik, mengurangkan masalah banjir dan menyelesaikan masalah air bersih di Jajahan Kuala Krai serta Negeri Kelantan khususnya. Keistimewaan dan keunikan Jajahan Kuala Krai ini didokumenkan dalam Rancangan Tempatan Kuala Krai 2020 yang memberi peluang kepada orang awam membuat cadangan ke arah merealisasikan wawasan pembangunan, Kuala Krai Makmur Lestari, Dabong Gerbang Semula Jadi. Publisiti akan diadakan pada 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.

Orang awam boleh membuat semakan kepada rancangan tempatan dan pelan-pelan perancangan berkenaan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan, Majlis Dearah Kuala Krai, Majlis Dearah Dabong, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan Majlis Daerah Dabong Cawangan Laloh pada waktu pejabat. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
2. Bahan Pameran Muat-Turun
3. Jilid I : Pernyataan Bertulis Muat-Turun
4. Jilid II : Peta Cadangan Muat-Turun
5. Artikel Muat-Turun
6. Poster Muat-Turun
7. Risalah Muat-Turun
8. Banner Muat-Turun
9. Bunting Muat-Turun
10. Borang Bantahan Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*