Home » RKK » Draf Rancangan Kawasan Khas Tok Bali 2045

Draf Rancangan Kawasan Khas Tok Bali 2045

Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali 2045 (RKK Bandar Tok Bali 2045) adalah merupakan rancangan pemajuan yang disediakan berasaskan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Selaras dengan ini, strategi perancangan RKK Bandar Tok Bali adalah seperti berikut :-

  • Perancangan gunatanah yang menekankan kepada pembentukan komuniti taqwa dan sejahtera dengan penyediaan kawasan kediaman yang mampan dan lengkap dengan kemudahan bagi memenuhi kehendak masyarakat;
  • Perancangan gunatanah yang menekankan fungsi Bandar Tok Bali sebagai pusat petempatan utama (PPU) yang berperanan sebagai pusat bandar, pusat pelabuhan, pusat pelancongan dan pusat penyelidikan perikanan. Pembangunan pusat bandar Tok Bali digandingkan dengan cadangan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di atas tanah milik MARA, PKINK dan Jabatan Perikanan dijangka dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi;
  • Perancangan gunatanah yang memenuhi keperluan ekonomi dengan mengagihkan pusat perdagangan dan industria sebagai penjana pekerjaan bagi memudahkan ianya dihubungi oleh penduduk setempat;
  • Pembangunan Pelabuhan Portokbali adalah nadi kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan kawasan kajian;
  • Perancangan dan pembangunan infrastruktur pengangkutan yang bersepadu dengan perancangan gunatanah , mesra pengguna dan mesra alam sekitar
  • Perancangan infrastruktur dan utiliti awam yang mencukupi dan memenuhi keperluan semua pengguna dan mesra alam

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Abstrak Muat-Turun
2. Poster Muat-Turun
3. Risalah Muat-Turun
4. Kain Rentang Muat-Turun
5. Notis Akhbar Muat-Turun
6. Banting Muat-Turun
7. Borang Bantahan Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*