Home » RKK » Draf Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015

Draf Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015

Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ]. Dikenal pasti terdapat empat prospek utama yang terdapat di Pantai Chenang iaitu :-

  • Destinasi popular pelancongan;
  • Nodus perusahaan pelancongan;
  • Persekitaran desa masih kekal; dan
  • Aspirasi keinginan pengunjung – destinasi yang selamat dikunjungi.

Lima strategi strategik yang digariskan untuk mencapai visi berkenaan iaitu :

  1. Membina jalan utama baru untuk meningkatkan prospek pembangunan tanah-tanah pertanian yang tidak ekonomi dan menguruskan sistem lalu lintas dan pejalan kaki yang sistematik.
  2. Merawat dan memulihkan kualiti air laut melalui pembinaan sistem pembetungan dan saliran yang komprehensif.
  3. Membina ‘Chenang Waterfront’ untuk meningkatkan kualiti reka bentuk ‘streetscape’ yang responsif, meningkatkan tahap mobiliti pejalan kaki, serta mengoptimumkan vista semulajadi Pantai Chenang dan Sungai Kuala Chenang.
  4. Menyerak dan mengagihkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang bersesuaian [dengan persekitaran desa], ke kawasan yang berprospek tinggi untuk dibangunkan.
  5. Meningkatkan keindahan persekitaran desa – Kampung Tanjung Mali bagi meminimumkan impak negatif pembangunan terhadap kualiti sosial dan ekonomi komuniti tempatan.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Laporan Lengkap Muat-Turun
2. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
3. Poster Muat-Turun
4. Pamplet Muat-Turun
5. Streamer Muat-Turun
6. Notis Akhbar Muat-Turun
7. Borang Bantahan Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*