Home » Terengganu » Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Kawasan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland)

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Kawasan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland)

PENGENALAN

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Kawasan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland), Terengganu ini merupakan sebuah pelan panduan pembangunan yang disediakan khusus bagi memudahkan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan penduduk sekitar membangun, memelihara dan menguruskan Tanah Bencah Setiu sehingga tahun 2035.

TUJUAN PENYEDIAAN

  • Sebagai blueprint serta rujukan utama untuk menyelaras, mengawal dan memantau semua pembangunan di dalam kawasan Tanah Bencah Setiu dan dalam sempadan RKK yang ditetapkan.
  • Rujukan agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Negeri(PBN), Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), agensi agensi teknikal, penyelidik, IPTA atau IPTS, pihak-pihak swasta, NGO dan komuniti setempat.
  • Rujukan kepada Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) dan Jawatankuasa Taman Negeri Setiu Wetland.

KEPENTINGAN PENYEDIAAN

  • Memelihara keunikan ekosistem semula jadi Tanah Bencah Setiu yang merupakan satu-satunya kawasan di Malaysia yang memiliki sembilan ekosistem yang berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain serta mempunyai fungsi yang pelbagai dalam menyokong alam sekitar dan budaya hidup penduduk tempatan.
  • Meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan ekosistem Tanah Bencah Setiudan memastikan penduduk tempatan terlibat dalam pemeliharaan dan pengurusan Tanah Bencah Setiu.
  • Membangunkan secara mampan keunikan dan potensi pelancongan berasaskan eko dan budaya di Tanah Bencah Setiu untuk menarik kemasukan pelancong dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
  • Menjayakan wawasan Kerajaan Negeri Terengganu untuk menjadikan Tanah Bencah Setiu sebagai Taman Negeri dan menyediakan keperluan perancangan untuk mengangkat dan mengiktiraf Tanah Bencah Setiu keperingkat nasional dan antarabangsa.
  • Menyediakan kawalan perancangan bagi mengatasi isu tekanan pembangunan di Tanah Bencah Setiu yang kini mengalami perubahan guna tanah bagi tujuan pembangunan dan pembukaan aktiviti pertanian sehingga mengurangkan kawasan tanah lembap yang menyokong dan membantu persekitaran setempat.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Banner Muat-Turun
2. Bunting Muat-Turun
3. Flyers Muat-Turun
4. Borang Bantahan Muat-Turun
5. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun

Comments

  1. D says:

    Kenapa sesetengah laporan penuh rancangan pemajuan yang dalam proses publisiti tidak dapat di baca menerusi online kerana tidak semua orang dapat pergi ke pejabat untuk membaca laporan tersebut?

Leave a Reply to D Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*