Home » Johor » Draf Rancangan Tempatan Daerah Tangkak 2030

Draf Rancangan Tempatan Daerah Tangkak 2030

Matlamat Pembangunan Daerah Tangkak

Selaras dengan potensi, kekuatan dan kedudukan Daerah Tangkak dalam Wilayah Barat-Utara Johor serta peranan di dalam Negeri Johor, visi pembangunan Daerah Tangkak adalah untuk Membangunkan dan menjadikan Daerah Tangkak sebagai “Daerah Pelancongan dan Alam Semulajadi Yang Lestari Menjelang 2030”.

Objektif Pembangunan Daerah Tangkak

  1. Mempertingkatkan fungsi Bandar Tangkak sebagai Pusat Separa Wilayah dan Pentadbiran Daerah.
  2. Membangunkan pusat-pusat petempatan utama dan kecil mengikut hierrarki dan fungsi bandar yang saling sokong menyokong pembangunan daerah keseluruhannya.
  3. Merancang pembangunan ekonomi berdaya saing berasaskan sumberjaya sedia ada seperti pertanian, industri dan perdagangan.
  4. Memelihara dan membangunkan sumber-sumber semulajadi dan sumber warisan sejarah dan budaya sebagai tarikan pelancongan.
  5. Melindungi dan memelihara Kawsan Sensitif Alam Sekitar bagi mengekalkan keseimbangan teknologi
  6. Meningkatkan tahap kemudahsampaian melalui penyediaan mod pengangkutan dan rangkaian perhubungan bersepadu dan efisien.
  7. Mempertingkatkan pembangunan inklusif dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi melalui penyediaan kemudahan masyarakat, utiliti dan peluang-peluang pekerjaan.
  8. Memperkukuh dan mengemaskini sistem urus tadbir Majlis Daerah Tangkak.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Laporan Jilid 1,2 & 3 Muat-Turun
2. Borang Bantahan Muat-Turun
3. Notis Akhbar Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*