Home » Kedah » Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah 2035 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah 2035 (Penggantian)

Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda, Kedah ini mengandungi petikan daripada Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035. Segala penjelasan dan perincian lanjut perlu merujuk kepada laporan Draf Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2035. Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda mengandungi:

  • Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Kedah dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan
    gunatanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapat di dalam Peta Cadangan Guna Tanah.
  • Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor-sektor pembangunan tertentu.
  • Pelan Sisipan menunjukkan pelbagai cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek secara lebih terperinci melalui gambaran perspektif, ilustrasi,
    keluasan, lokasi dan sebagainya.
  • Peta Cadangan Guna Tanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.
    Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah utama dan bangunan yang dibenarkan, gunatanah lain yang dibenarkan dengan syarat dan di setiap zon guna tanah yang ditunjukkan di atas Peta Cadangan Kegunaan Tanah. Jadual ini disediakan mengikut Syit Peta Indeks Jabatan Ukur

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Laporan Jilid 1 Muat-Turun
2. Laporan Jilid 2 Muat-Turun
3. Laporan Jilid 3 Muat-Turun
4. Ringkasan Eksekutif (Malay Version) Muat-Turun
5. Ringkasan Eksekutif (English Version) Muat-Turun
6. Borang Bantahan Muat-Turun
7. Streamer Muat-Turun
8. Risalah Muat-Turun
9. Banner Muat-Turun

Borang Bantahan Awam Online kini dibuka. Klik Sini untuk mulakan bantahan.

Comments

  1. fiq says:

    Plan bagus tapi perlu implement dalam masa terdekat. Terutamanya beberapa projek infrastruktur seperti Stesen Bas Henti-henti, pemindahan pasar, pengindahan Sungai Mendidih dan Sungai Petani serta SP Walk. Sekurang-kurangnya satu tahun satu projek besar dilaksanakan. Jadi dalam masa 3 tahun dapat nampak infrastruktur yang lebih baik untuk warga bandar.

  2. anw says:

    setuju tuan, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*