RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) disediakan mengikut peruntukan perundangan di bawah Seksyen 11A , Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dokumen ini sangat penting dalam memandu dan mengawal pembangunan fizikal di peringkat negeri sebagaimana peruntukan Seksyen 8, Akta 172.
Keperluan penyediaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) ini adalah berdasarkan kepada tiga (3) perkara berikut;
I. Menggantikan RSN Terengganu 2020 yang telah diwartakan pada 1 Februari 2007 dengan no warta (No. Warta: No. 51, Jld. 60, No.3);
II. Keperluan kepada perubahan dasar di peringkat negeri dan negara; dan
III. Perubahan pada corak guna tanah semasa hasil daripada pembangunan mega kerajaan negeri, pembangunan komited serta tren tumpuan pembangunan semasa.
Terdapat empat peringkat peringkat utama kajian RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) iaitu :
I. Mobilisasi
II. Laporan Pemeriksaan Dan Penyertaan Awam
III. Draf Kajian Semula Rancangan Struktur
IV. Kelulusan Dan Pewartaan Kajian Semula Rancangan Struktur
Peringkat semasa ialah peringkat ke-4 iaitu penyediaan Laporan Pemeriksaan dan Publisiti Awam. Laporan Pemeriksaan RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) akan mula dipamerkan kepada orang awam bermula pada 1 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019. Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-
BIL | PERKARA | DOKUMEN |
1. | Banner | Muat-Turun |
2. | Bantahan | Muat-Turun |
3. | Publisiti | Muat-Turun |
4. | Ringkasan Eksekutif | Muat-Turun |
5. | Laporan | Muat-Turun |
6. | Flyers | Muat-Turun |
Utk makluman, fail Ringkasan Eksekutif dan Laporan tidak boleh dimuat turun kerana masalah broken link. Diharap pihak tuan dapat mengatasi masalah tersebut.
Sekian Terima kasih.
Pembetulan telah dibuat pada muat turun Fail Ringkasan Eksekutif dan Laporan.
Tuan/Puan,
Cuba untuk muat turun ringkasan eksekutif dan laporan tetapi hasilnya “Not Found”. Mohon pembetulan dari pihak tuan/puan agar bug ini dapat diatasi. Terima kasih.
Pembetulan telah dibuat pada muat turun Ringkasan Eksekutif dan Laporan.