Home » Terengganu » Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 (Kajian Semula)

Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 (Kajian Semula)

Rancangan Struktur Negeri (RSN) Terengganu 2050 (Kajian Semula) disediakan mengikut peruntukkan perundangan di bawah Seksyen 11A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dokumen ini sangat penting dalam memandu mengawal pembangunan fizikal di peringkat negeri sebagaimana peruntukan Seksyen 8, Akta 172.

Keperluan Kajian Semula RSN Terengganu 2050 adalah berdasarkan kepada tiga (3) perkara berikut:

  1. Menggantikan RSN Terengganu 2020 yang telah diwartakan pada 1 Februari 2007 dengan no warta No. 51, Jld.60, No 3;
  2. Perubahan dasar diperingkat negeri dan negara;
  3. Perubahan corak guna tanah semasa hasil daripada pembangunan mega kerajaan negeri, pembangunan komited serta tren tumpuan pembangunan semasa;
  4. Menterjemahkan dasar dan konsep perancangan pembangunan baru diperingkat antarabangsa untuk pelaksanaan di peringkat negeri. Ini adalah untuk mengangkat Negeri Terengganu sebagai salah satu negeri seiring dengan perkembangan antarabangsa;
  5. Perubahan tumpuan koridor pembangunan negeri telah berubah dari koridor pantai ke koridor tengah berikutan berikutan pembangunan di koridor pantai yang semakin tepu;
  6. Keperluan untuk menyelaras perancangan pembangunan dalam negeri dan negeri bersempadan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi kajian ini melibatkan dua peringkat iaitu Peringkat Laporan Pemeriksaan dan Peringkat Draf RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula).

Program publisiti diperingkat Laporan Pemeriksaan   telah   diadakan   pada 1 Mei sehingga    10 Jun 2019 yang telah berjaya memperolehi 32 borang maklumbalas yang meliputi 97 cadangan, pandangan dan bantahan daripada pihak berkepentingan dan orang awam. Semua maklumbalas tersebut telah diambil kira semasa menggubal Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050.

Selain itu, sepanjang kajian terutama semasa menggubal dasar, beberapa siri rundingan telah diadakan Bersama pihak berkepentingan dan Focus Group Discussion (FGD), Technical Working Group Discussion (TWG), mesyuarat, bengkel dan taklimat. Pihak yang terlibat ialah jabatan/agensi Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah, NGO dan Ketua Masyarakat (MPKK).

Negeri Terengganu juga mengadakan perundingan dengan negeri berjiran Kelantan dan Pahang bagi menyelaras perancangan guna tanah terutama di kawasan sempadan negeri. Dokumen ini telah digubal secara komprehensif dan terbaik dalam usaha mencapai status Negeri Terengganu Sejahtera pada tahun 2050.

Namun begitu, maklumbalas semua pihak adalah diperlukan bagi memastikan kandungan dokumen boleh digunapakai dan berdaya laksana sebelum Rancangan Struktur Negeri 2050 diwartakan.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Draf RSNTMuat-Turun
2.Ringkasan Eksekutif DRSNTMuat-Turun
3.Folio A3 RSN Part 1Muat-Turun
4.Folio A3 RSN Part 2Muat-Turun
5.Buku ProgramMuat-Turun
6.BannerMuat-Turun
7.BuntingMuat-Turun
8.Borang MaklumbalasMuat-Turun

Comments

  1. KPPT says:

    Sokong ke arah Negeri Terengganu Maju 2050

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*