Home » Negeri Sembilan » Draf Rancangan Kawasan Khas Pesisiran Pantai Port Dickson

Draf Rancangan Kawasan Khas Pesisiran Pantai Port Dickson

PENGENALAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)

Rancangan Kawasan Khas Pesisiran Pantai Port Dickson merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan dan dikategorikan sebagai RKK bagi pembangunan bandar serta pantai. Hasil utama RKK ialah sebagai Pelan Tindakan Pembangunan dan Pelan Pengurusan Bandar Port Dickson serta pantai. Ia disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta172) (Pindaan) 2011 (A1129)

DEFINISI RKK

Rancangan Kawasan Khas (RKK) ialah suatu bentuk rancangan pemajuan yang disediakan bagi sesebuah kawasan yang dipilih secara khusus bertujuan menentukan tindakan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan tersebut. Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali.

Pelan Tindakan Pembangunan ini disokong oleh spesifikasi- spesifikasi pembangunan terperinci dan jadual- jadual tindakan pembangunan. RKK juga menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi pelaksana dan pendekatan pelaksanaan.

FUNGSI RKK

Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) pada amnya adalah bertujuan : –

  • Melengkapkan sistem perancangan fizikal negara yang terdiri empat peringkat iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) supaya lebih sistematik dan berkesan.
  • Menterjemah cadangan-cadangan RSN, RT dan lain-lain dokumen cadangan dengan lebih terperinci dalam konteks kawasan RKK.
  • Menentukan penyediaan kemudahan sosial, utiliti dan infrastruktur yang seimbang dengan pembangunan yang sedang dijalankan dan perancangan pada masa hadapan di samping memastikan keupayaan tapak menyerap pembangunan.
  • Mengenal pasti kawasan – kawasan yang sesuai untuk dimajukan serta corak pembangunan ruang fizikal yang optimum serta menyediakan program pelaksanaan.
  • Menyediakan pelan tindakan pembangunan bagi kawasan RKK agar dapat dijadikan rujukan dan dilaksanakan oleh agensi – agensi kerajaan serta pihak swasta dalam membangun dan menguruskan kawasan kajian

KEPERLUAN RKK

  • Mentafsir strategi negara dan negeri seperti RFN 3, DPN 2, RSNS 2045, dan Draf RT MVV 2045.
  • Perancangan semula corak pembangunan guna tanah Pesisir Pantai Port Dickson agar berdaya saing dan komprehensif.
  • Merancang semula penyediaan kemudahan, infrastruktur dan utiliti berasaskan perkembangan penduduk semasa.
  • Pengukuhan potensi Port Dickson sebagai kawasan pelancongan utama dalam peringkat negeri dan antarabangsa.
  • Mempertingkatkan imej dan identiti serta memperkukuh fungsi Bandar Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan Pesisiran Pantai, Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Utama.
  • Membentuk mekanisme untuk kawalan dan penguatkuasaan kesejahteraan bandar oleh PBPT (Majlis Perbandaran Port Dickson).
  • Keperluan penerapan elemen bandar, landskap da rekreasi yang menarik.
  • Penterjemahan konsep pembangunan terkini untuk memperkukuhkan peranan Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan Pesisiran Pantai bertaraf antarabangsa.

Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Draf RKK Persisiran Pantai Port DicksonMuat-Turun
2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
3.BannerMuat-Turun
4.BuntingMuat-Turun
5.Borang BantahanMuat-Turun
6.Risalah 1Muat-Turun
7.Risalah 2Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*