Home » Kelantan » Draf Rancangan Kawasan Khas Kubang Kerian Bandar D’Raja Al-Muhammadi

Draf Rancangan Kawasan Khas Kubang Kerian Bandar D’Raja Al-Muhammadi

APA ITU RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)?

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu bentuk rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan pembangunan dan pengurusan sesuatu kawasan di mana ianya adalah untuk pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu dan jenis pengolahan yang dicadangkan. Rancangan kawasan khas ini telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/ Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.

Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali.

Pelan Tindakan Pembangunan
1. Pelan Kawasan Tindakan Pembangunan
2. Pelan Susun Atur/ Pengezonan
3. Garis Panduan
Pelan Pengurusan Dan Pelaksanaan Program
1. Pelan Pengurusan

PERUNTUKAN AKTA 172
Keperluan penyediaan RKK dinyatakan dalam Subseksyen 16B(1), (2) dan (3)
Akta 172 pindaan tahun 2001 (Akta A1129 ).

SUBSEKSYEN 16B(1)

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)  boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri cadangan untuk menyediakan (Penetapan) RKK bagi suatu kawasan khas .

RKK perlu mengandungi cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan sama ada untuk, memajukan,  memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau tujuan pengurusan kawasan. RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan .

SUBSEKSYEN 16B(2)

Jawatankuasa akan menentukan sama ada Pengarah JPBD Negeri  atau PBPT yang berkenaan diberi diberi tanggungjawab menyediakan RKK .

SUBSEKYEN 16B(3)

RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan (RT) disediakan tetapi hendaklah dimasukkan panduan yang terperinci  berkenaan cara-cara pelaksanaan dan pengurusannya dan RKK hendaklah mempunyai kuat kuasanya seperti Rancangan Tempatan .

Sumber : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

KEPERLUAN RKK KUBANG KERIAN BANDAR D’RAJA AL-MUHAMMADI

  1. Mentafsir strategi negara dan negeri seperti RFN 3, DPN 2, RSNK 2040 dan Draf RT MPKB-BRI, Kelantan 2035 (Penggantian).
  2. Menghasilkan dokumen perancangan lengkap untuk dijadikan panduan pembangunan bagi meningkatkan karakter dan imej Kubang Kerian sebagai Bandar D’Raja serta Pusat Pertumbuhan Negeri
  3. Merancang dan menyusun atur guna tanah yang lebih sistematik
  4. Memperkukuh dan mempelbagai ekonomi bandar dengan pengenalan kepada sektor ekonomi baharu
  5. Merancang petempatan, kemudahan dan persekitaran kehidupan yang kondusif
  6. Menerapkan aplikasi smart city dan menerapkan konsep low carbon city
  7. Menerapkan konsep blue-green infrastructure

Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan RKKMuat-Turun
2.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
3.BannerMuat-Turun
4.BuntingMuat-Turun
5.Notis AkbarMuat-Turun
6.Bahan PameranMuat-Turun
7.ArtikelMuat-Turun
8.Borang MaklumbalasMuat-Turun
9.Borang Bantahan OnlineMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*