Home » Rancangan Pemajuan » Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan

Pengenalan

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur (RS) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. RT disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam RS. RT menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Fungsi Rancangan Tempatan

  • Menterjemahkan dasar-dasar RS;
  • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan PBPT berkaitan melalui peta cadangan gunatanah;
  • Menyediakan garispanduan bagi kawalan pembangunan ;
  • Mengenalpasti projek utama daerah; dan
  • Menyediakan garispanduan pelaksanaan

Status Kemajuan Rancangan Tempatan – Terkini

admin