Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Kawasan Khas Perindustrian Sungai Choh 2020

Draf Rancangan Kawasan Khas Kawasan Perindustrian Sungai Choh 2020 yang disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B(1), 16B(2) dan 16B(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen pelan tindakan yang disediakan sebagai panduan pelaksanaan pembangunan untuk Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) selaku Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (PBPT) bagi menentukan hala tuju pembangunan akan datang selaras dengan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor dan Kajian Rancangan Tempatan
Daerah Hulu Selangor (KRTDHS) 2020.

Draf RKK Kawasan Perindustrian Sungai Choh 2020 Mengandungi:-
• Pelan cadangan pengezonan yang mengandungi cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal mengikut lot.
• Jadual kelas kegunaan tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang diberikan di setiap zon guna tanah.
• Pelan tindakan pembangunan berlandaskan kepada sembilan (9) strategi pembangunan yang melibatkan cadangan pembangunan secara keseluruhan, cadangan projek, pelan
susun atur dan pelan pelaksanaan.
• Pengurusan dan pelaksanaan yang mengandungi senarai cadangan projek, kos dan fasa pembangunan yang akan menjadi asas kepada agensi-agensi kerajaan dalam membuat permohonan peruntukan
pembangunan.

 

Laporan Ringkasan Eksekutif
Poster
Pamplet
Streamer
Buku Program
Borang

Tarikh Kemaskini : Tuesday, 18-Dec-2012 5:40 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia