Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Linggi

Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Linggi ini bertitik tolak dari pengumuman Mantan YAB Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa Majlis Perasmian RTC Kuala Linggi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 10 November 2012 yang lalu.

Keperluan penyediaan RKK Kuala Linggi ini dilihat sebagai tindakbalas Kerajaan Negeri kepada usaha-usaha untuk membangunkan kawasan luar Bandar menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP), salah satu program dibawah Dasar Transformasi Negara (GTP) dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah Negara Maju berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020.

Konsep Pembangunan RKK Kuala Linggi

Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah menjurus kepada pencapaian matlamat kajian iaitu "Menyediakan Pelan Pembangunan Komprehensif Bagi Kuala Linggi untuk Dibangunkan sebagai Pusat Pertumbuhan bagi menyokong peranannya Sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)".

Matlamat RKK Kuala Linggi

Menyediakan Pelan Pembangunan Komprehensif bagi Kuala Linggi untuk dibangunkan sebagai Pusat Pertumbuhan bagi menyokong perananya sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar.

Objektif

1. Mengenalpasti kawasan Pusat Perkhidmatan Kuala Linggi selaras dengan peranannya sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
2. Mengenalpasti peranan dan potensi pelabuhan Kuala Linggi ke tahap yang lebih berdaya maju.
3. Mengkaji kepentingan setiap inisiatif penubuhan RTC dan cadangan-cadangan perlaksanaannya bagi kawasan kajian.
4. Menaiktaraf sistem rangkaian perhubungan pengangkutan yang efisien.
5. Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan dan menyokong pembangunan perbandaran, pelancongan dan kegiatan ekonomi yang lain.
6. Mengenalpasti dan memelihara kawasan sensitive alam sekitar bagi mewujudkan keseimbangan anatara pembangunan alam semulajadi dan mencapai persekitaran alam yang mampan.

 

Laporan Ringkasan Eksekutif
Banner
Streamer
nakl Notis Akhbar
Borang Bantahan

Tarikh Kemaskini : Sunday, 01-Dec-2013 7:59 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia