Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang LangkawI 2015

Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ].

Dikenal pasti terdapat empat prospek utama yang terdapat di Pantai Chenang iaitu :
♦ Destinasi popular pelancongan;
♦ Nodus perusahaan pelancongan;
♦ Persekitaran desa masih kekal; dan
♦ Aspirasi keinginan pengunjung - destinasi yang selamat dikunjungi.

Lima strategi strategik yang digariskan untuk mencapai visi berkenaan iaitu :

♦ Membina jalan utama baru untuk meningkatkan prospek pembangunan tanah-tanah pertanian yang tidak ekonomi dan menguruskan sistem lalu lintas dan pejalan kaki yang sistematik.
♦ Merawat dan memulihkan kualiti air laut melalui pembinaan sistem pembetungan dan saliran yang komprehensif.
♦ Membina ‘Chenang Waterfront’ untuk meningkatkan kualiti reka bentuk ‘streetscape’ yang responsif, meningkatkan tahap mobiliti pejalan kaki, serta mengoptimumkan vista semulajadi Pantai Chenang dan Sungai Kuala Chenang.
♦ Menyerak dan mengagihkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang bersesuaian [dengan persekitaran desa], ke kawasan yang berprospek tinggi untuk dibangunkan.
♦ Meningkatkan keindahan persekitaran desa - Kampung Tanjung Mali bagi meminimumkan impak negatif pembangunan terhadap kualiti sosial dan ekonomi komuniti tempatan.

Laporan Lengkap
Laporan Ringkasan Eksekutif
Poster
Pamplet
Streamer
Notis Akhbar
Borang

Tarikh Kemaskini : Friday, 02-Dec-2011 12:51 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia