Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Padang Besar

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kawasan Khas Pusat Bandar Padang Besar yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand, Padang Besar merupakan salah satu pintu keluar masuk utama darat ke negara jiran. Terkenal sebagai destinasi membeli-belah bagi rakyat Malaysia kerana terdapatnya pasar terbuka yang melibatkan pelbagai jenis barangan yang diimport dengan harga yang berpatutan.

RKK Pusat Bandar Padang Besar meliputi kawasan keluasan 102.88 hektar. Ia disempadani oleh landasan keretapi dibahagian barat, sempadan Malaysia-Thailand di utara dan timur, serta Jalan Chuping di bahagian selatan. Pusat Bandar Padang Besar dihubungi melalui Kangar (35km), Bandaraya Alor Setar (80km) dan Jeti Kuala Perlis (46km).

Kediaman adalah gunatanah terbesar (26.35 hektar) dan diikuti oleh institusi dan kemudahan masyarakat (23.73 hektar), pengangkutan (19.94 hektar), tanah kosong (18.64 hektar) dan perniagaan serta perkhidmatan (10.34 hektar).

Matlamat Pembangunan

"Membangunkan Pusat bandar Padang Besar sebagai Pusat Pelancongan Membeli-Belah Harga Rendah dengan Prasarana yang Lengkap"

 

Laporan Ringkasan Eksekutif
Banner
Pamplet
Streamer
nakl Notis Akhbar
nakl Borang Bantahan

Tarikh Kemaskini : Monday, 16-Jun-2014 4:14 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia