Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba Langkawi 2012-2017

Draf Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba, adalah dokumen yang menjelaskan halatuju dan perancangan strategik pembangunan fizikal di Pulau Tuba bagi tempoh perancangan dari tahun 2012 hingga 2017. Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba disediakan mengikut peruntukan subseksyen 16B(1),(2) dan (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Mengapa Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba Disediakan?
Pulau Tuba masih belum mempunyai pelan komprehensif bagi mengintegrasikan program pembangunan luar bandar dengan perancangan fizikal. RKK Pulau Tuba dapat memberi panduan kepada agensi-agensi pelaksana dalam mengenalpasti projek dan menyelesaikan isu-isu tempatan yang memerlukan tindakan segera.

RKK Pulau Tuba memberi panduan dalam memastikan khazanah semulajadi dapat dibangunkan secara mampan, disamping memberi keutamaan kepada memperkasakan komuniti tempatan dan peningkatan ekonomi.

Objektif:
♦ Merancang pembangunan fizikal Pulau Tuba sebagai kediaman dan pelancongan yang mampan;
♦ Memperkasakan komuniti melalui program pembangunan insan, aktiviti ekonomi dan penglibatan dalam pelancongan;
♦ Meningkatkan hubungkait perkongsian aktiviti di Pulau Tuba dan Kawasan Sekitar sebagai Peluang dalam Sektor pelancongan.

Matlamat : Pulau Tuba sebagai Pulau Kediaman & Pelancongan yang Sejahtera dan Mampan

 

Laporan Ringkasan Eksekutif
Poster
Pamplet
Streamer
nakl Notis Akhbar
Borang Bantahan

Tarikh Kemaskini : Friday, 20-Sep-2013 4:03 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia