Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang 2020 merupakan suatu Pelan Induk terperinci yang menjadi panduan bagi pembangunan masa hadapan bagi Kampung Sungai Ramal Dalam. RKK ini disediakan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RKK mengandungi cadangan-cadangan terperinci, garis panduan dan perancangan pengurusan pelaksanaan.

Pelan Induk Perancangan
Pelan Induk Perancangan keseluruhan Kampung Sungai Ramal Dalam bertujuan menjadi panduan pelaksanaan pembangunan ke arah mewujudkan persekitaran kawasan kediaman yang menepati aspirasi kehidupan dalam suasana perkampungan moden. Pelan Induk ini dilaksanakan berdasarkan aspirasi pembentukan suatu komuniti lengkap dan berdaya maju.

Matlamat
Membangunkan dan Memajukan Kampung Sungai Ramal Dalam sebagai penempatan yang lengkap dengan kemudahan berkualiti dan serasi dengan perbandaran di sekitarnya.

 

Laporan Ringkasan Eksekutif
Poster
Pamplet
Borang Bantahan
nakl Notis Akhbar

Tarikh Kemaskini : Tuesday, 13-May-2014 7:14 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia