Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Kawasan Khas Kuala Linggi

Rancangan Kawasan Khas Melaka World Solar Valley (RKK MWSV) adalah suatu rancangan pemajuan yang disediakan secara terperinci dan bercorak tempatan. RKK ini akan menjadi panduan agar komponen-komponen pembangunan di Melaka World Solar Valley akan menampilkan ciri-ciri sebagai Lembah Suria yang unik berdasarkan potensinya yang dilihat sebagai pusat kepada industri teknologi garapan tenaga suria.

VISI PEMBANGUNAN MELAKA WORLD SOLAR VALLEY

" Mewujudkan pembangunan bandar teknologi hijau bertaraf dunia yang berteraskan tenaga suria menjelang tahun 2020"

MISI PEMBANGUNAN MELAKA WORLD SOLAR VALLEY

1. Menyediakan sebuah kawasan lembah suria yang mengaplikasikan tenaga suria sebagai alternatif utama di dalam aktiviti perbandaran untuk semua sektor di samping menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lain di dalam kawasan seluas 7,248.43 hektar.

2. Mewujudkan satu rantaian yang menyeluruh (complete chain) industri teknologi hijau khususnya tenaga suria yang akan memberikan faedah-faedah secara langsung dan tidak langsung kepada matlamat pembangunan yang mampan dan sosio-ekonomi tempatan.

 

Laporan Ringkasan Eksekutif
Banner
Streamer
nakl Notis Akhbar
Borang Bantahan

Tarikh Kemaskini : Tuesday, 03-Dec-2013 10:42 AM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia