Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Rancangan Struktur Negeri Perlis

Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 merupakan Pelan Pembangunan Strategik yang mengandungi pernyataan dasar, strategi dan cadangan am serta arah tuju pembangunan untuk memandu pembangunan fizikal
Negeri Perlis untuk jangka masa hingga 2030 dan merupakan asas kepada pembentukan Rancangan Tempatan. Penyediaannya adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Meliputi keseluruhan Negeri Perlis dengan merangkumi kawasan seluas 81,931 hektar (810 km persegi). Petempatan utamanya ialah Kangar, Kuala Perlis, Padang Besar, Arau, Bandar Baru, Ulu Pauh, Beseri, Simpang Empat, Kuala Sanglang, Kuala Sungai Baru, Pauh, Wang Kelian, Mata Air dan Kaki Bukit. Penduduk (tahun 2009) – 240,000 orang Unjuran Penduduk (Tahun 2030) – 355,000 orang. Gunatanah utamanya (tahun 2009) bagi pertanian (59%), tepubina (24%), hutan (14%) dan Badan Air (2%).

Bahan Pameran
Artikel
Risalah
Poster
Banner
Streamer
Facebook Rancangan Struktur Negeri Perlis

Tarikh Kemaskini : Tuesday, 12-Apr-2011 5:04 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia