Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Bandar Baharu

Laporan Draf RT Bandar Baharu merupakan satu dokumen perancangan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot bagi seluruh Daerah Bandar Baharu bagi jangkamasa 2010-2020. Draf RT daerah Bandar Baharu disediakan mengikut Seksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Penyediaan Draf RT Daerah Bandar Baharu telah melalui beberapa peringkat kajian dan telah dibentangkan pada beberapa mesyuarat penyelaras Pasukan Kajian dan Teknikal serta melalui rundingan dan kolaborasi antara agensi pelaksana peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Draf RT Daerah Bandar Baharu akan dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isikandungannya (Seksyen 13(1)). Draf RT Daerah Bandar Baharu ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Kedah (Seksyen 15) dan akan menggantikan semula Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu di bawah peruntukan Akta 172.

 

Laporan Draf RT Bandar Baharu Jilid 1 dan Jilid 2
RIngkasan Eksekutif
Poster
Pamplet
Streamer
Notis Akhbar
Borang Bantahan
 

 

Tarikh Kemaskini : Thursday, 03-Oct-2013 9:09 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia