Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025 (RT MDBG 2025)

RT MDBG disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah untuk merancang pembangunan perbandaran serta ekonomi yang progresif berasaskan sumberjaya tempatan dan persekitaran berkualiti.Penyediaan Draf RT Majlis Daerah Batu Gajah 2025 ini berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan menyediakan rancangan tempatan untuk kawasan pentadbirannya. Draf RT Majlis Daerah Batu Gajah 2025 ini bertujuan untuk memandu hala tuju pembangunan di Daerah Batu Gajah bagi jangkamasa perancangan 2025.

VISI PEMBANGUNAN RT MDBG 2025
Memajukan Kawasan MDBG Sebagai Hab Perbandaran Yang Makmur, Berdaya Huni dan Unggul Dengan Pemeliharaan Nilai-nilai Warisan Dan Alam Semulajadi

IMEJ DAN IDENTITI
Membangunkan Bandar Batu Gajah Sebagai Bandar Warisan Pentadbiran Daerah Kinta

TEMA PEMBANGUNAN
* Ekonomi Bersepadu dan Berdaya Maju
* Masyarakat yang sejahtera
* Pusat Bandar yang Menarik
* Alam Sekitar yang Mampan
* Sistem Prasarana yang Cekap

CADANGAN KONSEP PEMBANGUNAN
Cadangan konsep pembangunan yang dibentuk adalah berdasarkan PEMBANGUNAN KORIDOR BERSEPADU:
1) Zon Perbandaran
2) Tiga Zon Pembangunan Terkawal
3) Tiga Koridor Pembangunan
4) Nodus Aktivivti Ekonomi
5) Cadangan Hierarki Petempatan

 
RIngkasan Eksekutif
Banner
Poster
Pamplet
Borang Bantahan
Notis Akhbar
 
 

 

Tarikh Kemaskini : Monday, 12-Jan-2015 12:08 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia