Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020

Meliputi keseluruhan Daerah Hilir Perak dan kawasan pesisiran pantainya di dalam jarak 3 batu nautikal ke laut. Keluasan tanah daratan = 173,987.19 hektar. Guna tanah tahun 2010, 86% adalah tanah pertanian manakala guna tanah tepu bina hanya 7% dari keluasan daerah. Peratusan penduduk 2010 luar bandar : bandar ialah 68 : 32. Penyumbang ekonomi utama daerah – sektor tertiari. KDNK perkapita 2010 = RM 8,278. Tujuan perancangan ini adalah untuk memperincikan aspirasi Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN2) dan menterjemahkan dasar strategik Rancangan Struktur (RS) Negeri Perak 2020 di dalam Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak, melengkapkan tiga (3) peringkat sistem rancangan pemajuan yang terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara di peringkat negara, Rancangan Struktur di peringkat Negeri Perak dan Rancangan Tempatan di peringkat Daerah Hilir Perak, menyediakan satu dokumen perancangan dan pelaksanaan yang boleh dirujuk oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Perak Darul Ridzuan di dalam meningkatkan keberkesanan daya penyampaian (delivery system) dan mengawal pembangunan dan menyediakan dokumen perancangan yang boleh dirujuk bersama oleh jabatan serta agensi lain di peringkat negeri dan daerah untuk menyelaras pembangunan mengikut matlamat dan objektif bagi memandu pembangunan daerah supaya menjadi lebih teratur dan sistematik.

Laporan Ringkasan Eksekutif
Jilid 1 : Strategi Pembangunan
Jilid 2 : Kawalan Perancangan
Poster
Banner
Brosur
Bunting
Borang

 

Tarikh Kemaskini : Thursday, 29-Dec-2011 2:27 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia