Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Tempatan Jeli 2020

Keunikkan dan mitos Gunung Reng amat sinonim dengan Jajahan Jeli sejak dulu hingga kini. Seiringan dengan perkembangan transformasi pembangunan negara, landskap perancangan pembangunan Jajahan Jeli akan difokuskan ke arah sebuah wilayah institusi pendidikan syumul yang akan menjadi nadi pemangkin kepada kemajuan jajahan.

Jajahan Jeli berkeluasan 129,680.26 hektar dan mempunyai ketinggian antara 90 meter hingga 500 meter dari paras laut. Bagi jumlah penduduk pada tahun 2010, ia mencatatkan jumlah seramai 39,322 orang. Bentuk topografinya didominasi oleh kawasan berbukit, hutan simpan, tanah tinggi dan sungai yang mewakili 98.3% gunatanah bukan tepubina jajahan ini. Faktor bentuk topografi yang berbukit dan semulajadi menjadi aset utama tarikan pelancongan jajahan ini. Amnya, jajahan ini amat sinonim dengan pelbagai lokasi pelancongan menarik antaranya seperti Gunung Reng, Tasek Pergau, Air Terjun Lata Janggut, Kolam Air Panas dan pelbagai lokasi menarik yang lain.

Bagi pembangunan bandar, ia akan ditumpukan kepada rantaian aktiviti ekonomi yang mengeksploitasi projek-projek komited berteraskan institusi pendidikan iaitu Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik Jeli dan Sek. Menengah Sains Jeli disamping kemudahan pendidikan sedia ada seperti MRSM Jeli sebagai penggerak pemangkin pembangunan jajahan ini. Sehubungan itu, Gemang akan dibangunkan sebagai Bandar Universiti bagi menyediakan keperluan-keperluan asas dan prasarana kepada penuntut dan kakitangan Institusi Pengajian Tinggi tersebut khususnya UMK dan Politeknik Jeli.

Bandar Jeli pula akan dibangunkan sebagai Bandar Pentadbiran yang lebih tersusun selain penambahbaikan imej perbandaran yang lebih menarik dan efisyen melalui cadangan penyediaan elemen-elemen lanskap, kemudahan infrastruktur, menaiktaraf terminal bas dan pembangunan promenade pinggir sungai Jeli serta penerapan imej keislaman dalam elemen perabot jalan dan papan tanda.    

Orang awam boleh membuat semakan terhadap Draf Rancangan Tempatan Jeli 2020 tersebut di pejabat Majlis Daerah Jeli dan pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan sepanjang tempoh publisiti diadakan iaitu bermul 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011 (hari bekerja sahaja) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (ahad hingga rabu) dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang (khamis). Semakan laporan secara online juga boleh dibuat melalui laman sesawang berikut :

http://www.townplan.gov.my/e-publisiti
http://onemapserver.com/mapserver2012/RTJJELI/menu.html
http://www.facebook.com/pages/RT-Jajahan-Jeli/178315158886443
http://smp.townplan.gov.my/blog

Ringkasan Eksekutif
Bahan Pameran
Risalah
Poster

Tarikh Kemaskini : Tuesday, 15-Nov-2011 11:43 AM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia