Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Struktur dan Tempatan Labuan 2030

Draf Rancangan Struktur Labuan 2030 & Draf Rancangan Tempatan Labuan 2030 disediakan berdasarkan keperluan Akta Perancangan Bandar & Desa 1976, Akta 172 yang telah dipanjangkan pemakaiannya ke Perbadanan Labuan. Kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Labuan merangkumi keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu seluas 95.7 kilometer persegi dengan 6 buah pulau kecil iaitu Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kechil yang perairannya telah diwartakan sebagai Taman Laut, Pulau Daat, Pulau Papan dan Pulau Burung.  Draf Rancangan Struktur Labuan mengandungi pernyataan dasar dan cadangan-cadangan am pembangunan sebagai panduan halatuju perancangan spatial bagi kawasan Wilayah Persekutuan Labuan. Draf Rancangan Tempatan Labuan pula merupakan dokumen perancangan dan penggunaan tanah Wilayah Persekutuan Labuan yang menterjemah Draf Rancangan Struktur Labuan dalam bentuk pernyataan bertulis dan Peta Cadangan Gunatanah (mengandungi cadangan penggunaan tanah terperinci mengikut lot dan disokong dengan jadual kelas kegunaan tanah, pelan-pelan dan gambarajah) dan Garis Panduan Perancangan Umum dan Khusus untuk rujukan pengawalan perancangan bagi semua pihak berkepentingan. Orang awam boleh membuat semakan terhadap Draf Rancangan Struktur Dan Draf Rancangan Tempatan Labuan 2030 di Lobi Utama Bangunan Wisma Perbadanan Labuan sepanjang tempoh publisiti diadakan, bermula 30 Disember 2011 hingga 27 Januari 2012 (hari bekerja sahaja) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semua bantahan dan pandangan boleh dibuat kepada pihak Perbadanan Labuan untuk dipertimbangkan.

Laporan Ringkasan Eksekutif
Notis Akhbar
Poster
Banner
Borang Bantahan Awam

 

Tarikh Kemaskini : Thursday, 29-Dec-2011 5:31 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia