Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Tempatan Pasir Puteh 2020

Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Jajahan Pasir Puteh akan dibangunkan dan dirancang kepada tempat yang sesuai didiami dan bekerja menerusi perancangan yang baik dalam mentranformasikan pembangunan negara yang lebih cemerlang pada depan dan untuk generasi akan datang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai luas 42,302.00 hektar adalah kawasan berciri fizikal unik iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah rendah. Sebahagian besar bahagian Timur merupakan kawasan landai dengan kebanyakan kawasan adalah kawasan rendah yang sesuai untuk pertanian padi. Manakala jumlah penduduk jajahan ini pada tahun 2010 seramai 113,069 orang.  Tumpuan petempatan penduduk adalah di lembangan subur Jelapang Padi di Sungai Rasau dan Sungai Semerak. Jajahan ini juga sinonim dengan pantai yang bersih yang terletak bertentangan dengan Laut China Selatan, iaitu Pantai Bisikan Bayu, Semerak dan Pantai Tok Bali.

Tok Bali akan dibangunkan sebagai bandar pelabuhan berteraskan kepada industri maritin dan pelancongan serta penempatan pusat pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dengan industri marin, keselamatan, kesihatan dan juga institusi pendidikan. Jajahan ini juga berpotensi sebagai kawasan pelancongan sejarah perjuangan Tok Janggut dan pelancongan warisan.
Pasir Puteh juga akan menjadi kawasan industri gas dengan adanya penyaluran gas oleh Trans- Nusantara Pipeline yang akan mempunyai terminal gas di utara kawasan Tok Bali (Melawi Bachok). Selain daripada itu, bandar Pasir Puteh juga akan diberi penambahbaikan imej perbandaran yang lebih efisien dengan penambahan kemudahan-kemudahan baru seperti pasar baru, terminal bus, bazar, perkedaian dan rangkaian jalan yang lebih efisien.

Orang awam boleh membuat semakan kepada Laporan  dan pelan-pelan perancangan tersebut di Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan dalam tempoh publisiti bermula jam 9.00 pagi -5.00 petang (Ahad-Rabu), jam 9.00 pagi – 3.30 petang (Khamis) sepanjang 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011. Untuk semakan secara online boleh dibuat melalui:

http://www.townplan.gov.my/epublisiti/
http://www.facebook.com/pages/RT-Jajahan-Pasir-Puteh/212502135441873
http://smp.townplan.gov.my/blog/

Ringkasan Eksekutif
Laporan Jilid I : Pernyataan Bertulis
Laporan Jilid II : Peta Cadangan
Bahan Pameran Perasmian
Bahan Pameran Semakan
Artikel
Risalah
Banner
Pemberitahuan
Notis Akhbar
Borang Bantahan Awam

Tarikh Kemaskini : Tuesday, 15-Nov-2011 11:25 AM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia