Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rembau 2025 (Penggantian)

Keperluan Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rembau 2025 (Penggantian) disediakan selaras dengan Peruntukan Seksyen 16(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Ianya disediakan bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Rembau 2000-2010 yang telah tamat tempoh perancangan 2010.

Draf RTD Rembau ini disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Selatan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM). Draf RTD Rembau 2025 (Penggantian) adalah merupakan dokumen perancangan yang mengandungi Peta Cadangan dan Penyertaan Bertulis yang mempericikan cadangan-cadangan pemajuan tanah di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Daerah Rembau sehingga tahun 2025.

Seiring dengan Semangat 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Draf RTD Rembau 2025 (Penggantian) disediakan bagi mengenalpasti, mengkaji dan menyediakan penyelesaian bagi permasalahan yang terdapat di Daerah Rembau dengan mengeksploitasi potensi-potensi yang ada bagi menyediakan satu perancangan jangka panjang yang dapat memastikan semua penduduk Daerah Rembau dapat menikmati pembangunan di kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan. Draf RTD rembau 2025 (Penggantian) ini akan dipamerkan kepada orang awam terutamanya masyarakat setempat mulai 8 Mac 2013 sehingga 8 April 2013 pada waktu pejabat (8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat) di tiga (3) tempat berikut iaitu Majlis Daerah Rembau, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri Sembilan.

 

Laporan Ringkasan Eksekutif
Feature Article (input kepada artikel di Akhbar Berita Harian keluaran 27 Disember 2012)
Poster
Banner
Bunting
Pamplet
RIngkasan Eksekutif RTD Rembau 2025

 

Tarikh Kemaskini : Saturday, 16-Mar-2013 4:22 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia