Peneraju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Perancangan Bandar dan Desa

building4

Draf Rancangan Tempatan Tanah Merah 2020

Jajahan Tanah Merah ditubuhkan pada 2 Februari 1955. Nama Tanah Merah diambil bersempena tanah yang berwarna merah yang terdapat di Bandar Tanah Merah pada suatu ketika dahulu. Menurut sejarah, nama Tanah Merah ini dinamakan oleh penduduk Kusial Baru. Tanah yang dimaksudkan ialah sejenis tanah laterit yang memanjang di tepi tebing Sungai Kelantan yang terletak di Kampung To’ Cho Bor dalam jajahan Machang bertentangan dengan Kampung Kusial Baru. Penduduk dari kampong To’ Cho Bor dan Kampung Kusial Bharu telah membuka satu perkampungan berhampiran Bukit Remah di mana tanah di kawasan tersebut adalah kemerah-merahan. Setelah tanah ini diterokai lalu ia dinamakan dengan Tanah Merah. Jajahan ini juga disempadani Negara Thailand (Buketa) di bahagian Barat Laut yang merupakan pintu masuk ketiga utama ke Negeri Kelantan. Jajahan ini juga dihubungkan dengan sistem perhubungan yang baik iaitu Jalan Machang – Jeli dan Jalan Kuala Krai – Tanah Merah.

Rancangan Tempatan Jajahan (RTJ) Tanah Merah ini disediakan bagi tujuan menterjemahkan Rancangan Struktur Negeri Kelantan, 2020 yang telah diwartakan pada 1 Januari 2009 dan merupakan lanjutan dari Rancangan Tempatan Tanah Merah, 1999 - 2010 yang telah diwartakan pada 27 Mac 2003 dan akan digunapakai sehingga tahun 2013 (tempoh lanjutan dari tahun 2010). Rancangan Tempatan ini akan menjadi alat dalam memandu dan merancang pembangunan Jajahan Tanah Merah sehingga Tahun 2020 selaras dengan senario, trend pembangunan, kedudukan dan peranan Jajahan Tanah Merah di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Negeri Kelantan.

Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah melibatkan keseluruhan Jajahan Tanah Merah dengan keluasan 86,760 hektar yang merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Kusial, Ulu Kusial dan Jedok yang melibatkan 15 mukim dan menampung penduduk seramai 116,182 orang pada tahun 2010. Tahun 2010 telah mencatatkan keluasan tanah pertanian seluas 52,414.23 hektar dan diikuti oleh gunatanah perhutanan seluas 27,007 hektar. Bandar Tanah Merah merupakan Pusat Pertumbuhan Utama bagi Jajahan Tanah Merah yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan bagi kawasan Jajahan Tanah Merah. Selain Bandar Tanah Merah, pusat-pusat pertumbuhan utama lain adalah seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Gual Ipoh, Kusial Baru, Kuala Tiga, Bukit Panau dan Bukit Mas yang berfungsi sebagai pusat perdagangan bagi keperluan tempatan.

Rancangan Tempatan Jajahan Tanah Merah ini mempunyai wawasan untuk "membolehkan dan menjadikan Jajahan Tanah Merah sebagai kawasan penempatan yang kondusif serta disokong oleh pembangunan ekonomi yang berdaya saing, peningkatan kualiti hidup yang mampan dan pengurusan sumber jaya yang cekap menjelang tahun 2020". Konsep Pembangunan Seimbang dan Bersepadu telah dirangka sebagai asas kepada peta cadangan gunatanah yang menunjukkan jenis kegunaan tanah bagi seluruh lot tanah di Jajahan Tanah Merah sehingga tahun 2020.

Tumpuan Pembangunan

1. Zon keutamaan pembangunan yang melibatkan pusat pertumbuhan utama iaitu Bandar Tanah Merah sebagai pusat pentadbiran, perniagaan dan kediaman (domitori) menjelang tahun 2020, di samping pusat petempatan kecil yang lain seperti pekan Gual Ipoh, Batu Gajah, Batang Merbau, Kusial Baru, Kuala Tiga dan Bukit Panau sebagai pusat perbandaran sokongan.

2. Bandar Bukit Bunga sebagai Bandar pelancongan sempadan selaras dengan wawasan menjadikan Bukit Bunga sebagai Pekan Membeli belah dan “Pintu Masuk” Sempadan.

3. Cadangan pembangunan utama di Bandar Tanah Merah melibatkan cadangan seperti Merah Walk, Tanah Merah Central, Merah Riverfront, Merah Square, Taman Bandar, Taman Rekreasi Maka, Padang MDTM, Taman Istana, Taman Bentara dan lain-lain.

4. Pembangunan kawasan perindustrian terancang di Tanah Merah dan Batang Merbau serta penempatan semula industry sedia ada di akwasan Bandar Tanah Merah mengikut kesesuaian kluster seperti kluster perkayuan, burung walit, bahan binaan, IKS dan perkhidmatan.

5. Cadangan pembinaan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Tanah Merah yang menggabungkan stesen keretapi, stesen bas dan stesen teksi di satu tempat yang strategik di dalam Bandar di samping cadangan lintasan keretapi tidak searas yang menjadi laluan alternatif.

http://smp.townplan.gov.my/blog/

Laporan Ringkasan Eksekutif
Bahan Pameran Perasmian
Bahan Pameran
Jilid I : Pernyataan Bertulis
Jilid II : Peta Cadangan
Artikel
Risalah
Banner
Bunting
Borang

Tarikh Kemaskini : Wednesday, 07-Dec-2011 5:10 PM

Laman Utama | 2010 © ePublisiti  
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia