Home » Perak » Draf Rancangan Tempatan Daerah Selama 2030 (Pengubahan 3)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Selama 2030 (Pengubahan 3)

RT Daerah Selama 2030 (Pengubahan 3) disediakan mengikut peruntukan subseksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Pengubahan RT ini dilakukan adalah berasaskan perubahan dasar dan strategi pembangunan terkini oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam konteks perancangan spatial berkaitan pengurusan sumber mineral bagi pelaksanaan aktiviti perlombongan/pengkuarian, pengukuhan industri padi dan beras melalui pengezonan kawasan padi serta pewujudan rangkaian fizikal hutan yang bersambungan bagi rayauan hidupan liar dengan merujuk kepada Rancangan Fizikal Negara 4, Rancangan Struktur Negeri Perak 2040, Dasar Mineral Negeri Perak dan Dasar Agromakanan Negara 2.0.

Perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan perancangan pembangunan spatial dan fizikal yang meliputi ketiga-tiga aspek tersebut adalah ke arah pembangunan mampan yang dipacu melalui kawalan zon guna tanah dan kelas kegunaan tanah di dalam RT bagi memudahcara proses kelulusan pembangunan.

RT Daerah Selama 2030 (Pengubahan 3)  disediakan adalah untuk memenuhi keperluan perkara-perkara berikut:

  1. Perancangan spatial dan guna tanah bagi pelaksanaan Dasar Mineral Negeri Perak;
  2. Pengezonan dan penyeragaman kawalan pembangunan ke atas kawasan luar jelapang padi; dan
  3. Pindaan berdasarkan Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS 2022).

Dokumen RT Daerah Selama 2030 (Pengubahan 3)  disediakan dalam bentuk Addendum yang terdiri daripada Jilid 1 : Strategi Pembangunan (Addendum) dan Jilid 2 : Kawalan Perancangan (Addendum) adalah sebagai rujukan kepada PBT, jabatan dan agensi yang terlibat mengenai strategi dan kawalan pembangunan terhadap perkara yang dicadangkan.

Kedua-dua laporan hendaklah digunapakai bersama-sama bagi memastikan halatuju pembangunan adalah berteraskan kepada prinsip kemampanan. Kandungan jilid adalah seperti berikut:

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula pada 2 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023 yang bertujuan unruk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Selama yang terkandung dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 31 Mei 2023. Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.RTD Selama 2030 (Pengubahan 3)Muat-Turun
2.Borang BantahanMuat-Turun
3.Panel PameranMuat-Turun
4.BANNERMuat-Turun
5.BUNTINGMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*