Home » Kelantan » PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT 2035 (PENGGANTIAN)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT 2035 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) yang bermula pada 25 Januari 2023 hingga 25 Februari 2023 adalah merupakan program yang akan memberi peluang kepada orang awam dan penduduk setempat untuk turut serta di dalam perancangan dan pembangunan Jajahan Tumpat sebelum Dokumen Draf RT ini diangkat untuk pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Draf RT Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) disediakan mengikut Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RT Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) ini akan menggantikan Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2020 yang telah diwartakan sebelum ini. Tempoh perancangan RTJ Tumpat 2035 (P) ini adalah sehingga tahun 2035.

Dokumen Draf RT ini juga menterjemahkan secara terperinci dasar-dasar yang terdapat dalam dokumen Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN-4) dan Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 (Kajian Semula). Selain itu, dokumen ini akan menyediakan panduan perancangan dan pembangunan untuk membantu pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT) melaksanakan fungsinya sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dengan lebih efektif dan efisien.

Sehubungan itu, orang awam dan pertubuhan boleh menyemak dokumen Draf RT ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di dalam laman web e-publisiti 2.0 PLANMalaysia di talian :
http://epublisiti.townplan.gov.my

Anda juga boleh memberikan maklumbalas melalui laman web rasmi PLANMalaysia@Kelantan, Majlis Daerah Tumpat dan Pejabat Tanah & Jajahan Tumpat. Ini akan membantu orang awam menyemak dan memberikan pandangan serta maklum balas selewat-lewatnya pada 2 Mac 2023.

BILPERKARADOKUMEN
1. Dokumen Draf Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian)
Jilid IMuat-Turun
Jilid IIMuat-Turun
Jilid IIIMuat-Turun
2.Laporan Pangkalan Data GeospatialMuat-Turun
3.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
4.PosterMuat-Turun
5.RisalahMuat-Turun
6. Borang Maklum Balas Muat-Turun
7. Borang Maklum Balas Melalui Pautan : https://forms.gle/4upjjXcXFZDFKBZE9
8. Notis Akhbar Muat-Turun
9. Banting Muat-Turun
10. Banner Muat-Turun
11. Streamer Muat-Turun
12. Semakan Peta Cadangan Guna Tanah Keseluruhan,
Blok Perancangan dan Blok Perancangan Kecil
Muat-Turun

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*