Home » Ringkasan Projek » Fungsi Utama Projek

Fungsi Utama Projek

Pembangunan Portak e-Publisiti 2.0 ini berkait secara langsung dengan Manual Publisiti Dan Penyertaan Awam yang telah dikeluarkan oleh pihak PLANMalaysia pada tahun 2009. Ianya juga berkait secara langsung dengan penggunaan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Berikut merupakan kaitan dengan fungsi utama jabatan/organisasi :

  1. Bahagian Rancangan Pembangunan, PLANMalaysia adalah bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Pemajuan Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK).
  2. Program Publisiti dan Penyertaan Awam adalah usaha-usaha dan langkah-langkah pemberitahuan kepada orang awam oleh pihak yang berkaitan semasa menyediakan rancangan pemajuan mengikut keperluan di bawah Akta 172 (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976).
  3. Portal e-Publisiti ini merupakan satu aplikasi bagi memudahcara Program Publisiti dan Penyertaan Awam. Portal e-Publisiti 2.0 adalah inovasi penambahbaikan terdapat sistem sedia ada.

MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)

Pelanggan dan Stakeholder memerlukan perkhidmatan dalam talian yang memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat dan memberi pandangan serta bantahan terhadap Dokumen Rancangan Pemajuan secara Online.

admin