Home » Ringkasan Projek

Ringkasan Projek

Genap 11 tahun Portal e-Publisiti ini telah dibangunkan dan dilaksanakan di dalam Laman Web rasmi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa) Semenanjung Malaysia dan ia bermula pada Tahun 2008. Kumpulan Redzone-T telah mengambil inisiatif untuk menginovasikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam kepada portal baru iaitu Portal e-Publisiti 2.0 selaras dengan perkembangan teknologi masa kini serta memudahkan ulasan di dalam mengemukakan bantahan dan cadangan sepanjang tempoh publisiti sesuatu Rancangan Pemajuan itu dilaksanakan (dalam tempoh 1 bulan).

Tahun 2018, Kumpulan RedzoneT mencadangkan supaya Portal e-Publisiti sedia ada ditambahbaik ke Portal yang lebih dinamik dengan menggunakan ‘Content Management System’ (CMS) sebagai ‘tool’ utama. Fungsi utama penggunaan CMS ini bertujuan mengurus semua maklumat Rancangan Pemajuan serta bahan-bahan yang berkaitan yang boleh dimuat-turun oleh pengguna secara online.

Borang Bantahan Awam secara online juga disediakan untuk mendapatkan maklumbalas bantahan atau cadangan daripada orang awam mengenai Rancangan Pemajuan yang telah disediakan oleh pihak PLANMalaysia, PLANMalaysia@Negeri dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Selain itu, beberapa fungsi ditambah sebagai pelengkap kepada Portal e-Publisiti 2.0 seperti fungsi penterjemahan kepada empat (4) bahasa utama dan paparan secara responsif iaitu paparan ‘desktop’ dan ‘mobile’ diperkenalkan.

Portal baru e-Publisiti 2.0 ini dibangunkan secara ‘in-house’ dan ianya tidak melibatkan sebarang kos dan seterusnya menyahut cabaran dengan memasuki pertandingan KIK PLANMalaysia bagi tahun 2018 bersama pihak Seksyen Teknologi Maklumat (STM) dan pihak Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) sebagai penyelaras utama bagi projek e-Publisiti 2.0 ini.

admin