Home » Ringkasan Projek » Outcomes dan Impak Projek

Outcomes dan Impak Projek

Kesan positif pembangunan Portal e-Publisiti 2.0 dapat dijelaskan di empat (4) peringkat utama :-

1. PERINGKAT NASIONAL / NEGARA

  • Menyokong pembangunan Program Transformasi Kerajaan dengan peningkatan tahap daya saing negara melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap dan cepat.
  • Menjadikan perkhidmatan awam bertaraf kelas pertama di dunia.

2. PERINGKAT NEGERI

  • Menyokong Visi dan Misi PLANMalaysia dengan menjadi peneraju perancangan bandar dan desa ke arah kehidupan yang berkualiti, sejahtera dan mampan menjelang 2020.
  • Memacu perancangan pembangunan yang komprehensif sistematik dan inovatif ke arah kesejahteraan masyarakat.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi ICT dalam merakyatkan perkhidmatan digital.

3. PERINGKAT JABATAN

  • Mempercepatkan proses dalam menjawab maklumbalas yang dikemukakan oleh pelanggan / ‘stakeholder’ dalam tempoh 24 jam.
  • Mengurangkan penggunaan bahan percetakan (kertas, ink dan printer).
    Menjimatkan penggunaan ruang pejabat (bilik penyimpanan dokumen).
  • Dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan memudahkan pengurusan Program Publisiti (e-Publisiti 2.0) secara atas talian (online).

4. PERINGKAT ORANG AWAM

  • Memberi kemudahan kepada semua lapisan masyarakat (pelanggan / ‘stakeholder’) untuk mengakses Portal e-Publisiti 2.0.
  • Pelanggan / ‘stakeholder’ juga perlu melayari laman web PLANMalaysia secara tidak langsung dapat mengikuti perkembangan terkini berkaitan lain-lain Rancangan Pemajuan yang terdapat di dalam Portal.
admin