Home » Keperluan Akta 172

Keperluan Akta 172

Akta 172 telah memberi asas panduan melalui tatacara, kaedah mahupun pelaksanaan bagaimna sesuatu publisiti dan penyertaan awam diadakan sama ada di peringkat Ranangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawassan Khas (RKK) iaitu seperti di dalam jadual dibawah.

Keperluan mengadakan publisiti dan penyertaan awam mengikut peruntukan Akta 172
Rancangan Pemajuan Peringkat Peruntukan Akta 172
Rancangan Struktur Laporan Tinjauan Subseksyen 9(1)
Draf RS Subseksyen 9(2)
Subseksyen 9(3)
Subseksyen 9(5)
Subseksyen 10(3)
Pewartaan Subseksyen 10(7)
Kajian Semula Subseksyen 11(A)
Pengubahan Subseksyen 11B(3)
Subseksyen 11B(4)
Subseksyen 11B(7)
Rancangan Tempatan Publisiti Awal Seksyen 12A
Draf RT Subseksyen 13(1)
Subseksyen 13(2)
Subseksyen 15(1)
Pewartaan Subseksyen 15(4)
Pengubahan, Pembatalan dan Penggantian Subseksyen 16(3)
Rancangan Kawasan Khas Sama seperti penyediaan RT Subseksyen 16B(3)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] diperbuat menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Ianya hanya berkuat kuasa di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun pemakaian bagi negeri-negeri hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah menggunakan undang-undang perancangannya yang tersendiri. Pada asalnya Akta 172 mengandungi 9 Bahagian dengan 59 Seksyen dan kemudiannya telah dipinda sebanyak 5 kali di antara tahun 1993 hingga tahun 2017

admin