Home » Rancangan Pemajuan » Rancangan Struktur Negeri

Rancangan Struktur Negeri

Pengenalan

Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:

  • Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
  • Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi;
  • Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
  • Memudahkan pembangunan secara mampan.

RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan

Fungsi Rancangan Struktur

  • Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
  • Menentukan gunatanah utama negeri; dan
  • Menentukan projek utama negeri.

Status Kemajuan Rancangan Struktur – Terkini

admin