Home » Perak » Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020

Meliputi keseluruhan Daerah Hilir Perak dan kawasan pesisiran pantainya di dalam jarak 3 batu nautikal ke laut. Keluasan tanah daratan = 173,987.19 hektar. Guna tanah tahun 2010, 86% adalah tanah pertanian manakala guna tanah tepu bina hanya 7% dari keluasan daerah. Peratusan penduduk 2010 luar bandar : bandar ialah 68 : 32. Penyumbang ekonomi utama daerah – sektor tertiari. KDNK perkapita 2010 = RM 8,278.

Tujuan perancangan ini adalah untuk memperincikan aspirasi Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN2) dan menterjemahkan dasar strategik Rancangan Struktur (RS) Negeri Perak 2020 di dalam Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak, melengkapkan tiga (3) peringkat sistem rancangan pemajuan yang terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara di peringkat negara, Rancangan Struktur di peringkat Negeri Perak dan Rancangan Tempatan di peringkat Daerah Hilir Perak.

Menyediakan satu dokumen perancangan dan pelaksanaan yang boleh dirujuk oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Perak Darul Ridzuan di dalam meningkatkan keberkesanan daya penyampaian (delivery system) dan mengawal pembangunan dan menyediakan dokumen perancangan yang boleh dirujuk bersama oleh jabatan serta agensi lain di peringkat negeri dan daerah untuk menyelaras pembangunan mengikut matlamat dan objektif bagi memandu pembangunan daerah supaya menjadi lebih teratur dan sistematik.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
2. Jilid 1 : Strategi Pembangunan Permohonan Melalui Emel
3. Jilid 2 : Kawalan Perancangan Permohonan Melalui Emel
4. Poster Muat-Turun
5. Banner Muat-Turun
6. Brosur Muat-Turun
7. Bunting Muat-Turun
8. Borang Bantahan Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*