Home » RKK » Draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh- Bandar Warisan Bijih Timah, 2020

Draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh- Bandar Warisan Bijih Timah, 2020

Rancangan Kawasan Khas RKK Ipoh – Bandar Warisan Bijih Timah, 2020 merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera dan dikategorikan sebagai RKK bagi pembangunan semula (regeneration) kawasan dalam pusat bandar dan kawasan berkepentingan warisan (heritage).

Kawasan Kajian RKK Pekan Ipoh dan Fungsinya :-

  1. Pusat Konurbasi Pertumbuhan Separa Wilayah Negara
  2. Pusat Wilayah Negeri (PWN)
  3. Pusat perdagangan dan perkhidmatan kawasan perancangan Pusat Bandaraya Ipoh (Central Business District)

Teras Pembangunan :-

  1. Pengurusan tanah dan bangunan ke arah pembentukan bandar warisan mampan berdaya huni
  2. Pemeliharaan warisan alam bina dan budaya cara hidup (cultural lifestyle) bandar
  3. Pemeliharaan dan pengukuhan imej, rekabentuk, aktiviti dan ruang awam
  4. Pengurusan sirkulasi dan aksesibiliti ruang bandar sebagai bandar transit
  5. Penaiktarafan infrastruktur bandar bagi menyokong pembentukan bandar warisan yang efisien
  6. Pengukuhan rangka institusi dan pelaksanaan pemeliharaan warisan bandar
  7. Branding dan repositioning Bandar Warisan Ipoh dalam ekonomi masa hadapan

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
2. Bunting Muat-Turun
3. Banner Muat-Turun
4. Streamer Muat-Turun
5. Draf Akhir RKK – Pekan Ipoh Bandar warisan Bijih Timah, 2020 Muat-Turun
6. Borang Bantahan Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*