Home » Uncategorized » Draf Rancangan Tempatan Daerah Kluang 2030 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kluang 2030 (Penggantian)

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 12 hingga 16A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Menurut peruntukan di bawah subseksyen 16(1) dan subseksyen 16(2) Akta 172, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan pada bila-bila masa boleh membuat cadangan pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan Daerah Kluang 2030 (Penggantian) disediakan untuk dua (2) Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dan bertujuan untuk menggantikan RT Daerah Kluang 2020 (Pengubahan) yang akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2020.

Visi Pembangunan daerah Kluang ialah ‘KLUANG DAERAH BERDAYA HUNI, MAJU DAN LESTARI’.

Matlamat Pembangunan daerah Kluang ialah “MEMBANGUNKAN DAERAH KLUANG SEBAGAI DAERAH BERDAYA HUNI, SEJAHTERA DAN LESTARIDENGAN PENEKANAN KEPADA BANDAR DORMITORI, EKONOMI BERDAYA MAJU (PERTANIAN MODEN, INDUSTRI, PELANCONGAN) SERTA SEBAGAIKAWASAN TADAHAN AIR NEGERI”.

Tuan/Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Laporan Draf RT Daerah Kluang 2030 (Penggantian) Jilid 1Muat-Turun
2.Laporan Draf RT Daerah Kluang 2030 (Penggantian) Jilid 2A MPKMuat-Turun
3.Laporan Draf RT Daerah Kluang 2030 (Penggantian) Jilid 2B MDSRMuat-Turun
4.Laporan Draf RT Daerah Kluang 2030 (Penggantian) Jilid 3A MPKMuat-Turun
5.Laporan Draf RT Daerah Kluang 2030 (Penggantian) Jilid 3B MDSRMuat-Turun
6.Ringkasan Eksekutif Draf RT Daerah Kluang 2030 (Penggantian)Muat-Turun
7.Panel Pameran MPKMuat-Turun
8.Panel Pameran MDSRMuat-Turun
8.BannerMuat-Turun
9.BuntingMuat-Turun
10.RisalahMuat-Turun
11.Notis Akhbar BMMuat-Turun
12.Notis Akhbar BIMuat-Turun
13.Borang Bantahan AwamMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*